Monday, September 15, 2014

Mengenal Huruf Menggunakan Kaedah Taktil

                Selamat sejahtera rakan-rakan. Saya telah membuat satu kajian ringkas berdasarkan kajian tindakan oleh Cik Kumuda Letchmanan. tajuk kajian tindakan beliau ialah "Ke arah meningkatkan kemahiran mengenal huruf-huruf kecil b-d menggunakan kaedah taktil." Saya telah mendapatkan komen daripada rakan-rakan saya mengenai isu ini di laman facebook. Pertamanya saya ingin menjelaskan sedikit tentang kaedah taktil. Taktil ialah sentuhan atau berkenaan penggunaan deria sentuha. Ia bertujuan untuk menolong kanak-kanak untuk mendiskriminasi bentuk objek dan seterusnya bentuk abjad dan angka.
                 Sebanyak 4 daripada 10 respon yang saya perolehi menyokong kaedah ini. Mereka banyak menyetakan bahawa menggunakan  permukaan yang pelbagai seperti menulis di atas pasir, di atas manik, di atas batu dan sebagainya dapat bantu murid-murid khususnya murid-murid pendidikan pemulihan untuk mengenal huruf-huruf yang mempunyai bentuknya yang seakan-akan sama seperti b-d, m-n, e-c, g-j dan sebagainya. Melainkan itu, kajian membuktikan tindakan Gallingham dan Fernald dalam bantu murid disleksia mengaplikasikan semua deria VAKT (visual, auditori, kinestatik dan taktil) berjaya membantu murid mengeja dan membaca.
                Sebagaimana yang kita ketahui, murid-murid pemulihan mempunyai ciri-ciri mudah lupa. mereka senang lupa huruf yang diajar. tambahan pula, jika huruf tersebut mempunyai mirip huruf lain, maka mereka sukar mengenal bentuk huruf yang dipelajari dan sukar ingat nama huruf yang pelajari. jadi, gunaan kaedah taktil dalam pnp dapat membantu murid-murid ini untuk kenal huruf-huruf yang hampir sama seperti b-d. 
               Berdasarkan Cik Kumuda juga, kanak-kanak yang gagal melakukan beberapa aktiviti seperti sentuh orang, sentuh objek, pelbagai rasa sentuhan, bermain dengan air, bermain dengan warna atau cat dan banyak lagi merupakan kanak-kanak mempunyai ciri masalah pengamatan koordinasi motor halus dan kasar. Jadi, guru harus membantu murid dalam aspek-aspek ini atau banyakkkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan car, warna, air dan sebagainya untuk bantu murid meningkatkan keyakinan diri murid. Dengan ini, murid-murid akan lebih yakin dengan koordinasi motor kasar dan halus seterusnya menyukai aktiviti yang dilakukan. Ia akan menyumbang kepada berkalunya proses pembelajaran dalam jiwa murid.
              Kaedah taktil ini memang berjaya membantu Cik Kumuda untuk mengajar murid-muridnya mengenal bentuk huruf b-d dengan betul. beliau telah menggunakan batu-batu kecil, pasir, kad timbul jenis lipat dan juga kad timbul jenis bulat. Murid-murid menunjukkan minat yang banyak dan tumpuan semasa pnp. Hal ini telah mendorong murid-murid untuk mengenal dan mengingat bentuk huruf b-d dengan betul. 
                Terdapat juga responden yang memberikan komen untuk meningkatkan kemahiran murid mengenal huruf dengan lagu ABC. Setrlah murid biasa dengan huruf, guru atau ibubapa harus tampalkan gambar atau huruf pada dinding supaya ada pengukuhan. Selepas itu mulakan dengan kertas kosong dan pensel. Ajar murid tulis huruf guna pensel dan kertas sambil menyanyi. Ia merupakan kaedah didik hibur yang mampu merangsang murid-murid. 
               Secara kesimpulannya, kaedah taktil memang sesuai digunakan untuk mengajar murid mengenal huruf mahupun mengenal bentuk huruf yang hampir sama. Guru boleh menggunakan kaedah-kaedah lain yang sesuai untuk bantu murid menguasai huruf yang menjadi asas kepada pdp dengan baik. 




Terdapat beberapa kesalahan tatabahasa dalam petikan di atas seperti kesalahan dari segi pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Minta kerjasa daripada pembaca untuk meninggalkan komen anda berdasarkan kesalahan-kesalahan tersebut.... Terima kasih atas komen anda !