Selamat sejahtera rakan-rakan. Saya telah membuat satu kajian ringkas berdasarkan kajian tindakan oleh Cik Kumuda Letchmanan. tajuk kajian tindakan beliau ialah "Ke arah meningkatkan kemahiran mengenal huruf-huruf kecil b-d menggunakan kaedah taktil." Saya telah mendapatkan komen daripada rakan-rakan saya mengenai isu ini di laman facebook. Pertamanya saya ingin menjelaskan sedikit tentang kaedah taktil. Taktil ialah sentuhan atau berkenaan penggunaan deria sentuha. Ia bertujuan untuk menolong kanak-kanak untuk mendiskriminasi bentuk objek dan seterusnya bentuk abjad dan angka.
Sebanyak 4 daripada 10 respon yang saya perolehi menyokong kaedah ini. Mereka banyak menyetakan bahawa menggunakan permukaan yang pelbagai seperti menulis di atas pasir, di atas manik, di atas batu dan sebagainya dapat bantu murid-murid khususnya murid-murid pendidikan pemulihan untuk mengenal huruf-huruf yang mempunyai bentuknya yang seakan-akan sama seperti b-d, m-n, e-c, g-j dan sebagainya. Melainkan itu, kajian membuktikan tindakan Gallingham dan Fernald dalam bantu murid disleksia mengaplikasikan semua deria VAKT (visual, auditori, kinestatik dan taktil) berjaya membantu murid mengeja dan membaca.
Sebagaimana yang kita ketahui, murid-murid pemulihan mempunyai ciri-ciri mudah lupa. mereka senang lupa huruf yang diajar. tambahan pula, jika huruf tersebut mempunyai mirip huruf lain, maka mereka sukar mengenal bentuk huruf yang dipelajari dan sukar ingat nama huruf yang pelajari. jadi, gunaan kaedah taktil dalam pnp dapat membantu murid-murid ini untuk kenal huruf-huruf yang hampir sama seperti b-d.
Berdasarkan Cik Kumuda juga, kanak-kanak yang gagal melakukan beberapa aktiviti seperti sentuh orang, sentuh objek, pelbagai rasa sentuhan, bermain dengan air, bermain dengan warna atau cat dan banyak lagi merupakan kanak-kanak mempunyai ciri masalah pengamatan koordinasi motor halus dan kasar. Jadi, guru harus membantu murid dalam aspek-aspek ini atau banyakkkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan car, warna, air dan sebagainya untuk bantu murid meningkatkan keyakinan diri murid. Dengan ini, murid-murid akan lebih yakin dengan koordinasi motor kasar dan halus seterusnya menyukai aktiviti yang dilakukan. Ia akan menyumbang kepada berkalunya proses pembelajaran dalam jiwa murid.
Kaedah taktil ini memang berjaya membantu Cik Kumuda untuk mengajar murid-muridnya mengenal bentuk huruf b-d dengan betul. beliau telah menggunakan batu-batu kecil, pasir, kad timbul jenis lipat dan juga kad timbul jenis bulat. Murid-murid menunjukkan minat yang banyak dan tumpuan semasa pnp. Hal ini telah mendorong murid-murid untuk mengenal dan mengingat bentuk huruf b-d dengan betul.
Terdapat juga responden yang memberikan komen untuk meningkatkan kemahiran murid mengenal huruf dengan lagu ABC. Setrlah murid biasa dengan huruf, guru atau ibubapa harus tampalkan gambar atau huruf pada dinding supaya ada pengukuhan. Selepas itu mulakan dengan kertas kosong dan pensel. Ajar murid tulis huruf guna pensel dan kertas sambil menyanyi. Ia merupakan kaedah didik hibur yang mampu merangsang murid-murid.
Secara kesimpulannya, kaedah taktil memang sesuai digunakan untuk mengajar murid mengenal huruf mahupun mengenal bentuk huruf yang hampir sama. Guru boleh menggunakan kaedah-kaedah lain yang sesuai untuk bantu murid menguasai huruf yang menjadi asas kepada pdp dengan baik.
Terdapat beberapa kesalahan tatabahasa dalam petikan di atas seperti kesalahan dari segi pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Minta kerjasa daripada pembaca untuk meninggalkan komen anda berdasarkan kesalahan-kesalahan tersebut.... Terima kasih atas komen anda !
Selamat sejahtera saudari. Terdapat beberapa kesalahan tatabahasa dalam artikel saudari. Pertamanya ialah kesalahan ejaan seperti menyetekan dan sentuha. Selain itu, penggunaan perkataan 'perolehi' di perenggan 2 harus digantikan dengan perkataan 'peroleh'. Frasa 'di atas' juga diulang beberapa kali dalam ayat yang sama. Seboleh-bolehnya ia hanya digunakan sekali sahaja. Contohnya, .....menulis di atas pasir, manik, batu dan sebagainya. Penggunaan imbuhan juga harus saudari titikberatkan.
ReplyDeleteTerima kasih atas komen anda. Saya akan cuba perbetulkan kesilapan saya. Komen anda amat saya hargai.
DeleteTerima kasih atas komen anda. Saya faham akan kepentingan penggunaan imbuhan dalam sesuatu ayat yang kita tulis. Tambahan pula, saya juga faham akan kepentingan penggunaan imbuhan yang betul dalam sesuatu artikel yang bersifat formal. Komen anda amat saya hargai.
ReplyDeleteSalam hormat saudari,
ReplyDeleteTerdapat beberapa kesalahan pada petikan tersebut dan saya telah ajukan beberapa perkataan di bawah. Sekian, terima kasih.
tajuk (huruf T) haruslah dalam huruf besar kerana ia bermula selepas noktah.
Ke arah (ke) haruslah dalam huruf kecil.
sentuha. ( Ia haruslah sentuhan )
menyetakan ( haruslah menyatakan)
bantu (haruslah membantu)
Melainkan itu ( haruslah selain itu)
mereka ( M haruslah huruf besar)
tambahan ( T haruslah huruf besar)
Jadi ( haruslah oleh itu)
gunaan (haruslah pengunaan)
kenal (haruslah mengenali)
car (haruslah cat)
beliau (B haruslah huruf besar)
pnp (haruslah huruf besar)
mengingat (haruslah mengingati)
Setrlah (haruslah setelah)
Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia Saudari. Artikel ini mempunyai pengenalan yang baik mengenai pengunaan kaedah taktil. Saya telah membaca artikel ini dan tertarik dengan kandungannya. Tetapi saya telah mendapati artikel ini mempunyai beberapa kesalahan tatabahasa dan pengulangan perenggan yang menganggu fokus saya sepanjang membaca artikel ini. Saya telah menyatakan kesalahan tatabahasa dan ulangan ayat dengan mengunakan kurungan ().
ReplyDeleteContoh artikel yang telah diperbaiki adalah seperti di bawah:
Selamat sejahtera rakan-rakan. Saya telah membuat satu kajian ringkas berdasarkan kajian tindakan oleh Cik Kumuda Letchmanan. tajuk (Tajuk) kajian tindakan beliau ialah "Ke arah meningkatkan kemahiran mengenal huruf-huruf kecil b-d menggunakan kaedah taktil." Saya telah mendapatkan komen daripada rakan-rakan saya mengenai isu ini di laman facebook. Pertamanya saya ingin menjelaskan sedikit tentang kaedah taktil. Taktil ialah sentuhan atau berkenaan penggunaan deria sentuha (sentuhan). Ia bertujuan untuk menolong kanak-kanak untuk mendiskriminasi (mendiskriminasikan) bentuk objek dan seterusnya bentuk abjad dan angka.
Sebanyak 4 daripada 10 respon yang saya perolehi menyokong kaedah ini. Mereka banyak (Kebanyakkan daripada mereka) menyetakan (menyatakan) bahawa menggunakan (penggunaan) permukaan yang pelbagai (yang banyak)seperti menulis di atas pasir, di atas manik, di atas (tidak perlu diulangi) batu dan sebagainya dapat bantu (membantu) murid-murid khususnya murid-murid pendidikan pemulihan untuk mengenal huruf-huruf yang mempunyai bentuknya yang seakan-akan(seakan) sama seperti b-d, m-n, e-c, g-j dan sebagainya.
Melainkan itu(Selain daripada itu), kajian (juga) membuktikan (bahawa) tindakan Gallingham dan Fernald dalam bantu (membantu) murid(murid-murid) disleksia mengaplikasikan semua deria VAKT (visual, auditori, kinestatik dan taktil) (dapat) membantu murid (murid-murid) mengeja dan membaca.
ReplyDeleteSebagaimana yang kita ketahui, murid-murid pemulihan mempunyai ciri-ciri (seperti) mudah lupa. mereka (Mereka) senang lupa (akan) huruf yang diajar. tambahan (Tambahan) pula, jika huruf tersebut mempunyai mirip huruf lain, maka mereka sukar mengenal bentuk huruf yang dipelajari dan sukar ingat nama huruf yang pelajari(dipelajari). Jadi(Oleh itu), gunaan (penggunaan) kaedah taktil dalam pdp (pengajaran dan pembelajaran ataupun PdP) dapat membantu murid-murid ini untuk kenal (mengenal) huruf-huruf yang hampir sama seperti b-d.
Berdasarkan (kajian tindakan) Cik Kumuda juga didapati bahawa kanak-kanak yang gagal melakukan beberapa aktiviti seperti sentuh orang, sentuh objek(menyentuh orang dan objek), pelbagai rasa sentuhan, bermain dengan air, bermain dengan dan warna atau cat dan banyak lagi dan sebagainya merupakan kanak-kanak yang mempunyai ciri masalah pengamatan koordinasi motor yang halus dan kasar. JadiOleh yang demikian, guru haruslah memainkan peranan untuk membantu murid-murid/para murid dalam aspek-aspek ini atau banyakkkan membanyakkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan car cat, warna, air dan sebagainya untuk bantu murid membantu murid-murid meningkatkan keyakinan diri muridmereka. Dengan ini, murid-murid akan lebih yakin dengan koordinasi motor yang kasar dan halus seterusnya dan juga menyukai aktiviti yang dilakukan. Ia akan menyumbang kepada berkalunya berlakunya proses pembelajaran dalam jiwa murid.
Kaedah taktil ini memang (tidak perlu memang)berjaya membantu Cik Kumuda untuk mengajar murid-muridnya mengenal bentuk huruf b-d dengan betul. beliau Beliau telah menggunakan batu-batu kecil, pasir, kad timbul jenis lipat dan juga kad timbul jenis bulat. Murid-murid menunjukkan minat yang banyak dan tumpuan semasa pnp (telah diubah kepada PdP ) dijalankan. Hal(Kaedah) ini telah mendorong (murid-murid) untuk mengenal (mengenali) dan mengingat(mengingati) bentuk huruf b-d dengan betul.
Terdapat juga responden yang memberikan komen untuk meningkatkan kemahiran murid(murid-murid)dalam mengenal (mengenali) huruf dengan lagu ABC. Setrlah murid Setelah murid-murid biasa dengan huruf yang diajar, guru atau ibubapa (ibu bapa) harus tampalkan gambar atau huruf pada dinding supaya ada (sebagai) pengukuhan. Selepas itu mulakan dengan kertas kosong dan pensel untuk murid tulis (murid-murid menulis) huruf guna(dengan) menggunakan pensel dan kertas sambil menyanyi. Ia merupakan satu kaedah (mendidik yang dapat menghibur dan merangsang minda murid-murid).
Secara kesimpulannya(Kesimpulannya), kaedah taktil memang sesuai digunakan untuk mengajar murid(murid-murid) mengenal huruf mahupun mengenal bentuk huruf yang hampir sama. Guru boleh menggunakan kaedah-kaedah lain yang sesuai untuk bantu (membantu) murid (murid-murid)menguasai huruf yang menjadi asas kepada pdp(pengajaran dan pembelajaran) dengan baik.
Pembetulan dan penyataan ini harap dapat membuat artikel ini lebih bermakna dan menarik untuk dibaca terutamanya bagi konteks sekolah seperti guru besar, guru-guru, pelajar-pelajar serta ibu bapa. Sekian,terima kasih :)
Terima kasih atas komen anda. Saya akan memperbetulkan kesalahan saya dan segala komen anda amat dihargai...
DeleteSelamat sejahtera saudari. Saya juga telah mengenal pasti beberapa kesalahan tatabahasa dalam artikel saudari. Antaranya ialah kesalahan imbuhan, penggunaan huruf besar dan huruf kecil, pembinaan ayat dan banyak lagi. Contohnya, dalam petikan ketiga perkataan 'gunaan' harus digantikan dengan 'penggunaan'. Selain itu, 'pnp' perlu ditukar kepada 'pdp' kerana ia merupakan format terbaru. Saya cadangkan saudari harus sentiasa peka dengan format terbaru untuk mengelakkan kesalahan tatabahasa dalam bahasa Melayu. Harap komen ini dapat membantu saudari. Sekian, terima kasih.
ReplyDeleteTambahan, pada perenggan terakhir perkataan 'secara kesimpulannya' harus digantikan dengan 'kesimpulannya'. Dalam perenggan keenam perkataan 'tampalkan' harus ditambah imbuhan menjadi 'menampalkan'. Ayat tersebut juga boleh dimurnikan lagi dengan menulisnya seperti "Setelah murid telah biasa dengan huruf, guru dan ibu bapa haruslah menampal gambar atau huruf pada dinding supaya ia menjadi sebagai aktiviti atau langkah pengukuhan untuk murid tersebut. Sekian.
ReplyDelete